Kalimah iman berasal dari akar kata al-amn yang bererti amen; iaitu ketiadaan rasa takut. Pecahan kalimah al-amn pule terdiri dari kalimahkalimah al-amen, al-amanah dan al-amin, kesemuanya mengandungi makna induk, iaitu; Keamanan dari takut den bimbang den teraman dari dusta den tipuan. Ia juga menanggung makna kedamaian den ketenangan jiwa.
Dari kalimah al-amn ini lahirlah kalimah al-iman yang mengandungi beberapa makna. Di antaranya kalimah iman membawa erti; mengi'tiraf, mengakui den membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya. Iman dalam pengertian bahasa ini mengandungi makna-makna: ketenangan, rasa penuh percaya, tiada keresahan den kegelisahan jiwa, kesihatan 'aqal serta amen damai dari takut den bimbang.
Dari segi istilah syara', pengertian iman ialah: Membenarkan dengan hati secara putus (jazam) akan segala yang dibawa atau didatangkan oleh Rasulullah s.a.w dan thabit secara putus (qat'i) yang diketahui kedatangannya itu adalah secara darurah.
Membenarkan dengan hati bererti meyakini, mengakui serta menerima dengan kerelaan akan kebenaran tersebut, dan keyakinan tersebut tempatnya adalah dalam hati. keyakinan ini pula adalah di atas dasar 'ilmu yang yakin, bukan di atas dasar syak atau keraguan. Ini adalah kerana membenarkan sesuatu secara zan atau sangkaan adalah tidak termasuk dalam istilah iman.
Saturday, January 10, 2009
PENGERTIAN IMAN
Posted by Aini Zarel at 5:14 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment